Sunday, March 15, 2009

bersama chef Sweney Todd

Chef Sweney besama senduk ajaib
Baik lah kakak2 hadek2, ari ni saya nak tunjuk kan resepi baru ye, cepat amik pen dan kertas...


Bermula lah pengembaraan aku di dapur pak aji...memandang kan pak aji tak balik umrah lg, aku pun buat eksperimen menguji bakat dan kekreativiti seni di dapur.


Mula2 mari kita tgk apa ada dlm fridge pak aji.......




hmm..bleh tahan gak..kalau fridge umah bujang aku..aku guna utk sejuk kan air kosong jek.

Apa nak masak hari ni yer..haa..dah tau...tema dan konsep masakan ari ini adalah "Burger & Nuggets"..sbb yg tu je aku jupe dlm fridge tu


Nama masakan kite ari ni

1) Burger 3 rasa
2) Nugget "peace" berempah

Bahan-bahannye puan-puan,



Senang kan..??? Bhn2 ni utk kite gunakan utk masak bege 3 rasa, apple tu utk rasa manis, lobak masin utk rasa masin pastu korang tambah le asam keping utk bg rasa masam..dh cukup 3 rasa kan??? Tumis kan bawang tu ngan lobak, masuk garam sket..masuk kan daging bege yg telah digoreng (dipotong bebentuk kiub), pastu tambah kicap sket...pastu kacau sehingga menggelegak

ooppsss....


Bahan yg sama bleh digunakan sbg bahan asas utk resepi Nugget peace berempah. Cuma utk Nugget peach berempah ni korg tambah kan biji ni utk menambahkan rasa rempahnya(*sori aku tak tau panggil apa ni)

Objek misteri..campur je





WALLLAA!!!!!




Inilah hasil nye






Resepi 1: Bege 3 rasa - sedia di makan


Resepi 2: haa...ini la dia Nugget peace berempah..sama kan?? peace ngan cili merah tu

Hidangan pun dah siap



Siap sedia utk dimakan



emmmm...emmmm......nugget tu mcm ooook laarr...bege 3 rasa tu pas aku rasa..aku kena ubah kan nama dia...dari bege 3 rasa kepada bege 4 rasa




Tukar nama lak..



Bege 4 rasa - Rasa Manis
- Rasa Masin
- Rasa Masam
- Rasa TAK SEDAP


Tp sbb perot dh lapa..blasah je larr...

Aminnnnnnnnn...

Wednesday, March 11, 2009

Rintihan Faizana

-original message-
Subject:
From: "Mohd Faizana Johanasution" (Bukan nama sebenar)
Date: 28/02/2009 20:13

Salam Sejahtera,

Saya nak komplen tentang kerani/penjaga kaunter di lapangan terbang antarabangsa langkawi. Ini berikutan, saya dan rakan2 saya tidak di benarkan untuk check in/menaiki pesawat pada 26 january 2009. Saya akui,
kami telah pun terlewat pada hari tersebut atas sebab-sebab tertentu masalah kenderaan yang kami naiki dari hotel telah mengalami kerosakan. (* ye lah...sbb menggatal kat kedai mkn kat cenang tu kannn!!!)
Kami hanya terlambat lebih kurang sepuluh minit selepas kaunter check in tutup. Tetapi kami di arahkan untuk membeli tiket lain dan manaiki pesawat yang seterusnya.

*mintak maap, hangpa terlewat 10 minit, tukang koyak tiket kami kat dlm nu dh keluaq p mkn..boley

Bukanlah maksud untuk menimbulkan kekecohan , tapi di manakah nilai semanusiaan (*motif???...stetmen ni kalau M.Nasir nampak, sah2 dia copy buat lirik lagu) kerana harga tiket pada saat akhir
bukanlah murah. Saya rasa kalau saya check in pada waktu itu pasti kami boleh manaiki pesawat dan pulang ke KL. Bagi saya wang bukan masalah cuma bagi saya tapi layanan pihak air asia pada saat kritikal itu.

Memang perkara ni telah sebulan berlalu tapi saya masih tidak puas hati dan merasakan ini satu penganiayaan lebih-lebih lagi waktu itu musim perayaan dan sukar untuk mendapat perkhidmatan bas untuk kembali ke
kuala lumpur. Pada hari yang sama saya telah membeli tiket untuk 6 org dalam kadar RM2136.00 untuk satu penerbangan untuk 6 org hanya semata-mata untuk kembali ke KL (Itenary CKJQDS & ZZ75AT). Walaupun
perkara ini dah lama berlalu tapi sampai hari ini saya masih kesal dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi dengan pegawai yang bertugas tidak mesra pelanggan. Walaupun air asia adalah penerbangan yang bagus tapi masih kurang lagi dari segi khidmat pelanggan.

Semalam juga (saya telah menaiki pesawat dari kuala lumpur ke Singapura) saya kesal juga kerana kelewatan penerbangan tanpa sebarang pemberitahuan. Pesawat yang sepatutnya naik jam 9.40 telah di tunda ke 11.40am. Saya masih boleh bersabar tetapi saya mula terfikir, kumpulan saya sewaktu di langkawi hanya lewat 10 minit..tapi di arah utk beli tiket yang baru dan tidak boleh menaiki pesawat yang sepatutnya kami
naiki. Ini kah yang di katakan perkhidmatan mesra pelanggan sedangkan hotline air asia tak pernah saya dapat tembusi. harap pihak perkhidmatan pelanggan di tambah untuk mengendalikan panggilan dari pelanggan air
asia.

Harap pihak air asia dapat memahami apa yang saya hendak luahkan kerana mungkin bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya...mungkin ada yang lain juga.

Sekian Terima kasih.


Boley..?? komplen ni menyatakan rasa tak puas ati fuz, aduka, y, yus dan azie kat Air Asia. Murah tu mmg la murah, tapi takkan la byr murah sampai diaorg ada hak utk jeopardize kan hak2 pelanggan. Kita lambat kena beli tiket lain naik flight lain, tapi kalau diaorg yg delay flight (boleh di katakan kerap gak kalau nak di compare ngan airlines yg satu lg), diaorg buat bodo je kan. Ada sekali dulu aku naik air asia ni, dah la pengumuman pun diaorg takde, buat tau2 orang dah borading, pastu keluar la ground staff dia marah-marah tengking kitaorg mcm ni.."Ni buat apa kat luar ni!!..cepat masuk..orang nak jalan dah!!!". So damned rude. Kalau org yg dia tengking tu budak2 takpe la gak, ni nyonya tua, macik2 pacik2 pun dia sembur. Huh..Ko hengat ko pkai baju mcm cheongsam tu ko dah bagus!!..kalau ko stakat keje airline gaji 2-3 ribu takyah nak belagak ok (Start On mode carut..oops).

*Hoi..cepat masuk kandang!!..ko hengat ni hotel 5 star kew nak jemput red kapet bagai!!


Kalau naik our local operating airlines ni plak ada double standard nya ( tak kira la Air asia ke MAS ker). Mengikut perkiraan statistik yg aku buat secara kuantitatif, hanya kira-kira 20% steward/ stewardess TIDAK bersikap double standard kepada bangsa Malaysia. Yang lain tu, bila matsaleh masuk kapal, trus sengih mcm kerang busuk, greet segala, how are you sir, are you comfortable sir, kalau org kita masuk, kdg2 tu pandang muka pun tanak, siap tarik muka mcm la muka kita ni berkudis nanah segala, tak sedar ko tu pun makan belacan mcm aku gak, silap2 montot ko tu lg itam dari montot aku taw (*ops emo plak aku). Bila nak keluar pun bila matsaleh lalu je.. Thank you sir, have a nice day, gretings yang jarang2 kita dpt kalau kita keluar dari kapal tu.


Fly with the World's Best Cabin Crew - congrats Malaysia airlines. Anugerah diberikan hasil survey dari World Airlines Survey. Masalahnye best cabin crew tu utk international flight je, cuba tgk serivs diaorg utk domestik..hampeh..mmg doble standard. Kenapa perlu meng agung2 kan orang luar sedangkan kan dia naik economy class, aku pun naik economy class gak, berbeza ke byr tambang?


Kesimpulan nya, kita masih lagi di jajah walaupun di atas kertas kita ni dah lama merdeka. We looked up on foreigners & not at the kind of our own. Kita masih lagi tidak mempunyai jati diri yang kuat sbg bangsa Malaysia, tidak bangga menjadi rakyat malaysia sebaliknya kita merasa banga bila kita dilihat berbual bicara dgn bangsa asing.


Ni satu lagi..penjajahan bangsa asing ke atas masakan

*nasi goreng pattaya-israel...matilerrr