Assalamualaikum,
1) Saya ingin membuat aduan bagi pihak kawan saya, beliau menghadapi kesukaran untuk berjumpa dengan kadi di pejabat agama Pasir Puteh. Saya telah menemani kawan saya ke pejabat agama Pasir Puteh, Kelantan untuk mengambil surat nikah kawan saya, malangnya, Kadi bertugas seringkali tiada di pejabat, dan bila saya bertanyakan kepada staf pejabat, mereka tidak tahu ke mana kadi pergi dan tidak tahu bila kadi tersebut akan kembali ke pejabat. Antara alasan lain yang dikemukan adalah kadi menghadiri kursus. Contohnya pada hari ini, 8 Jun 2009, kadi tiada di pejabat kerana menghadiri kursus. Bila ditanya pada staf pejabat, bila kadi akan balik ke pejabat, mereka menjawab "pukul 3 kot", bermakna mereka tidak pasti.
2) Saya bersama kawan pernah pergi ke pejabat Jabatan Agama Pasir Putih 2 bulan yang lepas pada pukul 1030 pagi, tetapi kadi tetap tiada di pejabat. Kami pulang dan kembali semula pada pukul 4.15 petang, tetapi pintu pejabat telah dikunci. Kami mengetuk pintu kerana masih ada 2 orang sedang berbual di dalam pejabat tersebut. Mereka hanya memandang kami, tanpa membuka pintu tersebut dan mereka sambung semula berbual di dalam pejabat tersebut Akhirnya saya pulang.
Di sini kah imej yang cuba ditonjolkan oleh satu-satu nya negeri yang mengamalkan pemerintahan Islam. Adakah ini sifat yang cuba diketengahkan oleh masyarakat islam? sebagai PEMALAS??????
Maaf kalau saya agak kasar, masalahnya, kami menetap di Kuala Lumpur, dan tujuan kawan saya ke sana adalah hanya untuk mengambil surat nikahnya sahaja. Tidak adakah jawatan lain, atau pegawai lain yang boleh memangku untuk menandatangani salinan surat nikah tersebut memandang kan kadi sentiasa tiada di pejabat?? [*emo sambil tapak tangan hentak2 meja]
Kami amat-amat kesali dengan cara pentadbiran Jabatan Agama, khasnya pejabat agama Pasir Puteh, Kelantan.
Di sini bagi saya JAHEIK gagal melaksanakan MISI nya yang bertulis "Membantu Melahirkan Ummah Yang Progresif Dan Berakhlak Mulia Berteraskan Islam Sejajar Dengan Wawasan Negeri "Membangun Bersama Islam" Melalui Sebuah Agensi Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap Dan Berkesan", kerana kepincangan pengurusannya dalam menguruskan perkara-perkara asas di dalam pentadbiran.
Diharap pihak tertentu boleh mengambil tindakan atau siasatan sewajarnya.
Terima kasih
opis tutup kul 430pm, tp kul 415pm pintu dah kunci, pastu dlm opis tu ada jantan 2 ekor dok nyembang ...ko kenape...dok berdua-duaan dlm opis...bejubo kah..oops [photo yg ori i lom transfer lg]
Mcm tu lah jabatan2 gomen ni, mcm mana la orang nak respek, gaji mau naik berkali-kali, servis nya masih di takuk lama. Gomen sektor ni hanya boleh berubah jika kita ubah pekerja2 yg separa abad kat situ.... ganti ngan pekeja muda yg fresh, yg lebey bersemangat dan berwawasan, mula ngan buku baru sbb pekeja2 lama lama ni susah nak di ubah mindset nya. tak gitoo.
Dgn perasaan hampa tp pasrah kami pun berjalan kuar dari perkarangan pejabat agama tesebut...
Off mode carut [sambil tgn menekan butang biru bebentuk niple fifie...wakaka]