Wednesday, February 25, 2009

PPSMI

KEMENTERIAN Pelajaran diminta melihat protes penolakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu (PPSMI) sebagai usaha mempertahankan bahasa Melayu dengan fungsi bahasa ilmu dan bukan penentangan kepada menteri mahupun kementerian terbabit.

Seorang bapa convert, Khairina Natasya (bukan nama sebenar) yang ditemui meminta Kementerian Pelajaran melihat rasional di sebalik penentangan PPSMI di kalangan pejuang bahasa Melayu negara ini sebagai turut mewakili kemelut yang dihadapi sebahagian besar ibu bapa tidak berkemampuan. "Jika dulu ceria mengulang kaji pelajaran, kini seperti bosan dan terpaksa. Saya pula tidak mampu menghantar mereka tuisyen kerana tengoklah keadaan saya skarang neh, kalau meletop mcm dulu lain lah, satu malam 10-15 cikjan saya boleh hangkot, pendapatan yg saya dpt, jgn ckplah” ujarnya


“Dasar ini tidak adil untuk anak-anak yang seluruh isi keluarga tidak memahami bahasa Inggeris. Bukan anak-anak saya malas belajar, tetapi halangan bahasa menyebabkan minat mereka mati. Nanti kalau bahasa di bawa ke kehidupan harian camne..kalau makan nasi kat umah dah pkai sudu garfu segala, itukan meningkatkan kos perbelanjaan keluarga, nak beli garfu la, sudu makan la, pisau la, napkin molot la...silap2 sari kakak ni pon bleh telepas ke kedai pajak gadai taw!!...ngeee..tak setuju lah kakak (ujar Miss Seri KemalaDevi sambil berpaling dan mengibaskan sari nye)


Cikgu Johannah Maskonah (guru bahasa inggeris juga bukan nama sebenar) pula mempunya persepsi yang berbeza. "tula dia, baru nk pekenalkan dh bangkang, itu tak betul ini tak boleh. Dia org ingat saje2 je ke kerajaan usulkan benda ni. Sbb tu lah kita ketinggalan (nada sentap). Saya senang saja, kalau murid saya susah sgt nak paham english, saya sumbat2 kan molot diaorg ngan kapur, pastu suh telan, biar putih sket anak tekak diaorg tu mcm omputih, mudah-mudahan cepat tangkap"


LijahMarmot (ibu tunggal anak satu) tidak menolak bahkan tidak menerima sebulat-bulatnya usul yg di buat oleh kerajaan itu. Katanya,"Abang...masuk lah dulu, saya ni bang tak kisah bahasa inggeris ke cina ke melayu ke di ajar kat anak saya nanti, sbb yang penting, duit sekolah, tuisyen segala, bakal bapa kepada anak saya tu yang keluarkan. Abang dah minum?"

Hmmm..psal bahasa inggeris ne, aku teringat kisah masa zaman sekolah dulu terjadi kat sorg membe aku. Sekolah asrama ni biasa lah, kalau nk dibandingkan level english nya, budak2 Taska lagi pandai. Masa tu kalau tak silap aku subjek Fizik.
Cikgu fizik ni dgn niat utk memotivasikan membe aku ni dia pun memuji, "Kaled, awak ni smart boy, cuma awak ni malas sikit je". (mmg betul pun, dak2 skolah sains ne kepala hotak geliga, tp pemalas)......Si kaled ni mendengar pujian cikgu, dia senyum meleret sampai abis kelas fizik tu senyuman nye tak penah lekang, bangga sungguh dia.
Abis je kelas, Kaled dtg kat aku, pastu dia pun bertanya, "Wan, smart tu makna nye hensem kan??". Aku tepok dahi, nk bg lempang pun ado..

1 comment: